Cara Buat Minyak Urut

cara buat minyak

Bersambung lagi dari bahagian ilmu mengurut. Sekadar perkongsian ilmu sahaja. Ok, bila masuk je bab mengurut tak lepas punya dari cerita penggunaan minyak yang digunakan untuk menggosok atau mengurut yang bertujuan untuk melicinkan, kalaulah tak pakai minyak alamatnya melelaslah kulit tu disebabkan kekesatan.

Minyak urut ada pelbagai kategori, ada yang diperbuat dari bahan tumbuhan, kulit atau daun dan ada juga yang diperbuat daripada haiwan contonya kambing gurun, lintah, burung but-but dan sebagainya.

Cara untuk membuat minyak akar kayu

Bahan-bahan

1. Minyak kelapa tanak - biasanya guna kelapa hijau (bukan kelapa muda warna hijau tu) nama dia kelapa hijau.

2. Minyak lenga (bijan)

3. Campuran serbuk akar kayu, iaitu akar tongkat ali, akar haji samad, akat setunjang bumi, akar teja lawang, akar tengkok biawak, akar sakar, akar mek dak, akar pak mulut, akar elex besi, akar elex tembaga. (kenal ke semua ni? ni kena belajar bab khasiat tumbahan tradisional pulak)

4. campuran lada hitam, bunga cengkeh, jadam, lengkuas kering, hadas pedas dan hadas manis.

5. burung but-but

6. burung ciak

7. serai wangi

Cara memproses

Burung but-but dan ciak disembelih (nanti akan dicerita tentang bagaimana nak dapatkan burung but-but nih), dicabut bulunya dan dibersihkan. Lada hitam bunga cengkeh, hadas palas, hadas manis dan lengkuas kering yg telah dijemur, digoreng tanpa minyak selama lima minit.

Kemudian masukkan minyak lenga, minyak kelapa dan serbuk akar kayu. Biarkan mendidih hingga minyak betul-betul masak kira-kira satu jam. Sebelum minyak diangkat dari api, serai wangi yang dititik dimasukkan ke dalam supaya minyak berbau wangi.

Kegunaan:

Untuk menurut sambil memulihkan penyakit ganguan saraf, seperti sakit pinggang, lenguh-lenguh badan, terseliuh dan sebagainya. Boleh juga untuk merawat luka-luka kecil atau sakit akibat gigitan serangga.

Koleksi Ilmu Dulu-Dulu (KiDD) biasanya kalau mengurut akan menggunakan minyak nyor hijau yang dimasak sendiri tanpa apa-apa campuran sebabnya aroma sejati dia tu yang bestnya.


P/s: InsyaAllah, nanti akan bersambung buat minyak lintah pulok (kasik power sikit)

Sebelum mengambil dan beramal mohon baca kat sini dulu PENTING





Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Cara Buat Minyak Urut

  • TALQIN TIDUR Ini adalah sekadar ilmu, kalau nak mengamalkan perlu bimbingan guru:Usolli ma’rifatullah,roh aku menjadi para wali Allah,rahsiaku rahsia Allah,kedud ...
  • Cara Menangkis Ilmu HitamAssalamualaikum semua,Lama dah KiDD tak update blog ni... banyak cara untuk kita mengelak dari sihir atau ilmu hitam ni antaranya:- 1. Membaca surah Al Falaq: 3 kal ...
  • Belajar Silat Dalam MimpiSekadar HiasanSebelum tidur baca:-- Al Fatihah 3x- Surah Al Ikhlas 3x- Surah Al Falaq 3x- Surah An Nas 3x- Al Fatihah 1xInna lillahi wainna ilaihi rojiu'nYa Allah Ya Tuh ...
  • Doa Malaikat EmpatLama kawan tak update koleksi ilmu dulu-dulu nih...maaf la kawan banyak banyak dapat pendapat dan saranan daripada blogger tentang ilmu-ilmu nih...kawan tak pandai nok m ...
  • Bab PersilatanSeru 1Assalamualaikumhei Sheikh Rahman Sheikh subhadi nurul amsah berhampirlah engkau dengan aku terus menerus, panjang memanjang, lintang melintang hingga sampai ketula ...