Permulaan Beramal Ilmu Dunia dan Akhirat

Sumber Gambar: Google


SYARAT-SYARAT BERAMAL DENGAN ILMU-ILMU DUNIA DAN AKHIRAT

1.    Hendaklah membuat seberapa banyak suruhan-suruhan Allah dan menunaikan dengan sempurna segala   solah yang diwajibkan.
2.    Jangan ada niat takbur, khianat, hasad, dan dengki. Hendaklah menaruh sifat-sifat kemanusiaan kepada sesama manusia dan bertimbang rasa kepada sesama makhluk.
3.    Imanlah dengan sempurna bahawa baik dan buruk itu semuanya dari Allah dan tuntutlah dari amalan itu keredhaan Allah.
4.    Jangan amalkan satu-satu amalan hanya untuk cuba-cubaan sahaja tidak menaruh sepenuh keyakinan.
5.    Berhati-hati supaya tidak salah atau tersilap dan hafazkan mana-mana ayat yang dikehendaki kerana untuk diamalkan.

Nasihat kepada orang yang menuntut ilmu dan beramal

1.    Apabila bercakap jangan bohong.
2.    Apabila berjanji jangan mugkiri.
3.    Apabila orang percaya kepada kita jagalah amanah dan kepercayaannya itu.
4.    Tiap-tiap ilmu yang dituntut itu hendaklah diamalkan.
5.    Hendaklah menaruh sepenuh keyakinan.
6.    Hendaklah berserah diri kepada Allah dengan hati yang berani.
7.    Tiap-tiap yang hendak dibuat itu hendaklah difikirkan terlebih dahulu.
8.    Hal-hal orang yang tiada memberi faedah kepada diri dan agama jangan ambil tahu.
9.    Biar orang buat kita, jangan kita buat orang dahulu.

PERTURAN-PERATURAN BERAMAL DENGAN ILMU DUNIA DAN AKHIRAT

1.    Hendaklah bersihkan diri terlebih dahulu tubuh badan, pakaian, dan tempat tinggal. Sebaik-baiknya mandi dahulu kerana hendak membuat satu-satu amalan.

2.    Mulakan tiap-tiap amalan itu dengan tiga kali Al Fatihah, yang pertama hadiahkan kepada Rasullah s.a.w, yang kedua hadiah kepada sekalian Aulia’-Aulia’, Ulama’-Ulama’, dan yang ketiga hadiahkan Al Fatihah kepada yang asal punya satu-satu amalan dan sesiapa yang berusaha pada menghimpunkan dan mengijazahkan (kepada Guru-Guru), kedua ibubapa, dan kepada arwah sekalian muslimin dan muslimat.

Sebelum mengambil dan beramal mohon baca kat sini dulu PENTING




Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Permulaan Beramal Ilmu Dunia dan Akhirat

  • 15. Ayat Sheikh Ja'far As SiddiqFaedahnya, jika dibaca waktu maghrib 7 kali, niatkan minta jadikan hutan sekeliling rumah kita pada pandangan musuh, jika waktu  tengah malam di tengah-tengah ru ...
  • Tocer Tidak MelawanSekadar HiasanDibaca takkala berhadapan dengan musuh atau berjalan ketempat musuhبسم الله الرحمن الحيمالله dihadapan aku, هو dibelakang aku, اه dilangit-langit aku,kata ...
  • Beramuk dan Bergaduh Ramai-RamaiSekadar HiasanDibaca takkala hendak pergi beramuk dan bergaduh ramai-ramai:بسم الله الرحمن الرحيم : cahaya الله berpindah kepada محمد menjadikan نور ,berpindah نور kepa ...
  • Asal Usul SilatAsal Usul SilatGerak silat asalnya IlhamLalu disimpan di dalam BungaDari bunga terbitnya BuahPerkataan Silat bermaksud seni beladiri yang membawa maksud ilmu pergerakan ...
  • KOLEKSI 3Tenung Mataroh insan kata kumasanmari ku taruk dalam kecicibalu hijau roh engkau aku tahudahulu roh anbia kepada engkauberkat sidi mengajar guruberkat guru megajar akube ...